Monday, December 3, 2018

Tips Pembayaran Transaksi Dalam Talian di Luar Negara.


Seringkali mengalami masalah ketika membuat pembayaran untuk tempahan tiket penerbangan, penginapan atau sebarang tempahan tiket di luar negara. Antara masalah yang sering dihadapi adalah sukar menerima Transaction Authorisation Code (TAC) yang dihantar melalui SMS. 

Selain itu, ada beberapa kad debit yang perlu diaktif bagi kegunaan antarabangsa. Tetapi tahukan anda, selain dari masalah diatas, ada beberapa laman web tempahan tidak langsung mengunakan TAC number bahkan hanya mengunakan dari maklumat yang tertera di kad debit anda. 

Saya selalu membuat pembayaran secara online di laman web antarabangsa dan saya akan kongsi beberapa cara mudah untuk memastikan pembayaran online anda berjaya.

Berikut adalah tips yang mungkin berguna sebelum anda membuat bayaran online di laman web antarabangsa.

1. Sedia wang yang cukup dalam akaun

Pastikan kad debit/credit anda mempunyai wang yang cukup sebelum membuat bayaran. Pastikan lebihkan sikit jumlah wang dari jumlah bayaran online. mana lah tau ada hidden charge bank atau Pre-Auth Debit.

2. Aktifkan kegunaan luar negara.

Semak status kad anda sama ada sudah diaktifkan bagi kegunaan luar negara. Kad boleh diaktif melalui laman web kad bank anda.

3. Aktifkan Payment method tanpa TAC number. 

Yang ini paling penting, pastikan anda call pihak bank sebelum anda travel dan maklumkan untuk aktifkan pembayaran online yang tidak mengunakan sebarang TAC number. Ini antara sebab kenapa pembayaran online anda selalu gagal  walaupun anda sudah aktif kegunaan luar negara. 

Pengaktifan sistem ini bersifat permanent dan juga boleh temporary. Jadi terpulang pada anda nak guna yang mana satu. tetapi perlu ingat..jika kad anda hilang, segera laporkan pada pihak bank. jika tidak, si pencuri sudah pasti boleh gunakan kad anda dan membuat sebarang pembayaran tanpa mengunakan TAC number. 

4. Had Pembayaran

Yang terakhir, pastikan anda semak had pembayaran online anda. kalau boleh letak lebih sikit sebab kita tak tau berapa nak guna semasa buat tempahan atau semasa kegunaan luar negara.



No comments:

Post a Comment