Uzair Othman
Sebuah Kisah Klasik Untuk Masa Depan
Monday, December 3, 2018
Tips Pembayaran Transaksi Dalam Talian di Luar Negara.
Seringkali mengalami masalah ketika membuat pembayaran untuk tempahan tiket penerbangan, penginapan atau sebarang tempahan tiket di luar negara. Antara masalah yang sering dihadapi adalah sukar menerima Transaction Authorisation Code (TAC) yang dihantar melalui SMS.
Selain itu, ada beberapa kad debit yang perlu diaktif bagi kegunaan antarabangsa. Tetapi tahukan anda, selain dari masalah diatas, ada beberapa laman web tempahan tidak langsung mengunakan TAC number bahkan hanya mengunakan dari maklumat yang tertera di kad debit anda.
Saya selalu membuat pembayaran secara online di laman web antarabangsa dan saya akan kongsi beberapa cara mudah untuk memastikan pembayaran online anda berjaya.
Berikut adalah tips yang mungkin berguna sebelum anda membuat bayaran online di laman web antarabangsa.
1. Sedia wang yang cukup dalam akaun
Pastikan kad debit/credit anda mempunyai wang yang cukup sebelum membuat bayaran. Pastikan lebihkan sikit jumlah wang dari jumlah bayaran online. mana lah tau ada hidden charge bank atau Pre-Auth Debit.
2. Aktifkan kegunaan luar negara.
Semak status kad anda sama ada sudah diaktifkan bagi kegunaan luar negara. Kad boleh diaktif melalui laman web kad bank anda.
3. Aktifkan Payment method tanpa TAC number.
Yang ini paling penting, pastikan anda call pihak bank sebelum anda travel dan maklumkan untuk aktifkan pembayaran online yang tidak mengunakan sebarang TAC number. Ini antara sebab kenapa pembayaran online anda selalu gagal walaupun anda sudah aktif kegunaan luar negara.
Pengaktifan sistem ini bersifat permanent dan juga boleh temporary. Jadi terpulang pada anda nak guna yang mana satu. tetapi perlu ingat..jika kad anda hilang, segera laporkan pada pihak bank. jika tidak, si pencuri sudah pasti boleh gunakan kad anda dan membuat sebarang pembayaran tanpa mengunakan TAC number.
4. Had Pembayaran
Yang terakhir, pastikan anda semak had pembayaran online anda. kalau boleh letak lebih sikit sebab kita tak tau berapa nak guna semasa buat tempahan atau semasa kegunaan luar negara.
Monday, September 3, 2018
Pengalaman Memandu di Perth Australia
Saya nak share kat korang beberapa tips memandu dan sewa kereta di Australia.
harap tips ni dapat membantu anda semasa bercuti dan memandu di Australia.
1. Lesen Memandu
Untuk pengetahuan anda, Lesen memandu Malaysia sah digunakan di Australia. Anda tidak perlu membuat lesen memandu Antarabangsa untuk memandu di Australia. Ada beberapa syarikat kereta sewa menetapkan umur pemandu iaitu 21 tahun keatas saja yang boleh memandu dan kebiasaannya ada charge tambahan untuk pemandu dari Malaysia. Jadi anda carilah syarikat kereta sewa yang menawarkan harga yang rendah. Setiap kali anda memandu, Passport perlu juga dibawa bagi proses semakan pengenalan diri semasa menempah kereta sewa.
2. Minyak kereta
Di Australia, antara minyak kereta yang digunakan adalah seperti berikut Ron 91/95/98 / E10. Syarikat kereta sewa kebiasaanya akan menyuruh anda mengisi minyak jenis Ron 95 dan keatas. Harga minyak di Australia tidak sentiasa sama. Setiap hari harga minyak sentiasa berubah dan harga berbeza mengikut lokasi. Isi minyak di bandar utama adalah lebih murah berbanding di kawasan luar bandar. Untuk isi minyak di perth. caranya adalah korang perlu isi dulu minyak kemudian setelah selesai isi baru bayar di kaunter.
3. Sewa kereta
Pilihan syarikat kereta sewa di Australia ini amat penting kerana setiap syarikat menawarkan harga yang berbeza. Antara syarikat yang terkenal di Perth ini adalah Aries, Hertz, Europcar, bayswater dan pelbagai syarikat lagi. Ada juga rakyat Malaysia yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa. Namun pastikan anda mengambil insurance bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini. Kereta sewa di Perth boleh didapati di Airport dan juga di bandar perth. Tempahan awal kereta sewa adalah lebih baik kerana kereta sewa yang murah biasanya akan cepat habis. Jadi, rancang perjalanan anda di Australia ini dengan teliti.
Hanya pemandu yang berdaftar dengan kereta sewa saja boleh memandu di Australia. Jika anda perlukan dua orang driver. Pastikan driver kedua anda juga berdaftar dengan syarikat kereta sewa. Dan ada charger tambahan untuk 2nd driver. Syarikat kereta sewa akan meminta deposit kereta sewa sama ada secara tunai atau credit/debit card. Jika anda ambil insurance, selalunya kadar deposit akan rendah lebih kurang 200 AUD. Tapi jika anda tidak ambil insurance ia mungkin akan minta deposit yang tinggi melebihi 500-700 AUD.
Pastikan anda menyimpan nombor telefon syarikat kereta sewa, police perth dan penginapan. Ini memudahkan urusan anda semasa menyewa dan memandu kereta. Syarikat kereta sewa biasanya akan mengenakan charge tambahan bagi perjalanan kereta melebihi 100km dari bandar perth. kalau anda ingin ke Pinnacles, Yanchep, Burnburry atau margaret river. Ia sudah melebih 100Km dari bandar perth. jadi memang akan ada tambahan bayaran. Namun, hal ini tidak terjadi pada semua syarikat kereta sewa kerana ada syarikat yang menawarkan pemanduan tanpa had (Unlimited KM).

4. Parking kereta
Okay bab parking kereta memang penting di Perth. Mesti korang cari yang free kan. Parking di jalanan perth akan percuma selepas jam 6 petang. Tapi pastikan korang check dulu signboard parking tu sebab ada syarikat City of Perth Parking yang memiliki parking terbuka di jalanan perth ni. Syarikat parking ni beroperasi 24 jam jadi kene bayar sepanjang masa. Korang boleh cari parking percuma selepas jam 6 petang dengan melihat tiang signboard disebelah kotak parking.
kalau boleh parking lah depan penginapan supaya senang nak pantau. cari tempat selamat dan jangan tinggalkan barang berharga di dalam kereta. Nak lebih selamat, cari parking dalam bangunan sebab ada CCTV dan bayarannya lebih kurang 8-10 AUD semalam. Jangan parking kereta di kawasan taman perth atau lokasi tumpuan pelancong kerana sudah banyak kes pecah cermin terjadi di perth ni yang melibatkan rakyat Malaysia sebagai mangsanya. Antara kawasan panas pecah kereta di perth adalah seperti di Blue boat House dan kings park.

5. Saman di Australia
Saman di Australia ni jangan bawa main. memang tinggi dan mahal saman jika korang langgar peraturan lalu lintas di perth. Pastikan buka waze selalu dan check speed limit camera dan red light camera. Banyak juga polis buat road block dan speed trap di perth. Patuhi had laju dan jangan bawa cara pemanduan anda di Malaysia datang ke perth. Ia sangat berbeza di perth kerana disini perlu memberi signal setiap kali memotong dan masuk/keluar simpang. Pemandu di Australia juga patuhi had laju dan jarang sekali lihat pemandu memintas kereta.
Jika anda terkena saman di Australia. anda perlu membayar process fee pada syarikat kereta sewa dan wang tersebut biasanya akan ditolak melalui card credit anda. Dan anda boleh buat bayaran saman melalui online. Saman akan diketahui oleh syarikat kereta sewa dan mereka akan maklumkan kepada anda untuk membuat bayaran saman. Tempoh saman diketahui lebih kurang 2 minggu dari tarikh anda lakukan kesalahan lalu lintas. semakin lambat bayar, semakin mahal bayaran saman. Anda juga boleh di banned dari memasuki Australia pada masa akan datang jika anda tidak bayar saman.

6. Cara pemanduan di Australia
Pemanduan di Australia sama saja seperti di Malaysia iaitu right-hand drive. Pastikan ikut had laju dan amalkan bagi signal setiap kali keluar masuk simpang. Jika anda bawa kanak-kanak atau bayi, pastikan anda menyewa baby car seat kerana ia peraturan wajib di Australia.
Pastikan kapasiti kereta anda sesuai dengan jumlah penumpang yang anda akan bawa. contoh anda ada 5 orang. jadi perlu tempah kereta yang memuatkan 5 orang. jangan ambil kereta yang boleh muat 4 orang kerana ia menjadi satu kesalahan disana. Dan yang terakhir pemakaian seat belt (tali pinggang keledar) adalah wajib bagi semua penumpang dan pemandu termasuk depan dan belakang.
..........................................................................................
Itinerary pemanduan jarak jauh.
Perth > Pinnacles > Lancelin sand dunes > Yanchep National Park > Perth
waktu yang sesuai adalah (8.00 pagi - 6 petang)
Pastikan pulang ke perth sebelum waktu malam kerana banyak kangroo melintas di highway.

Subscribe to:
Posts (Atom)